Friday 5 June 2009

Abstrak

Abstrak

Bersyukur saya ke hadarat Illahi kerana telah diberi kekuatan untuk menyiapkan modul ini yang telah dirancang selama 5 bulan Modul ini dibina untuk dijadikan panduan kepada semua guru dan murid khasnya di SMK Jalan Mengkibol ini untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di pusat sumber, di bilik akses kendiri , bilik darjah mahupun pembelajaran di rumah.

Memandangkan pusat sumber di era digital ini harus menyediakan keperluan sumber ilmu yang tidak terbatas bukan sahaja meliputi penggunaan bahan buku dan bukan buku malah penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet khususnya penggunaan Scool Net yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian ianya haruslah diambil peluang untuk digunakan oleh semua warga SMKJM secara maksimum yang boleh, sesuai dengan moto Pusat Sumber Gerbang Maklumat.

Modul pengajaran berasaskan internet ini, meliputi matapelajaran-matapelajaran Fizik, Kimia, Matematik Tambahan,Biologi Sains, sejarah. Bahasa Inggeris, Laman-laman khas dan pelbagai laman tambahan yang semuanya memberikan sokongan kepada guru dan murid dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencabar khususnya dalam meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik matapelajaran dan boleh dijadikan usaha untuk pembelajaran kendiri di rumah pada waktu senggang pelajar.

Hasil dari pemerhatian dan kajian yang dijalankan , adalah diharapkan dengan adanya Modul ini, ianya akan dapat mempertingkatkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dan murid secara terancang melalui konsep Guru mudah mengguna dan pelajar mudah melaksana. Tanpa perlu tercari-cari laman web yang perlu untuk mereka dan secara tidak langsung dapat mendidik pelajar-pelajar menguna dan melayari laman web secara berfaedah dan berfikrah.

Akhir sekali saya merakam jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua En. Yew Kok Leh yang banyak memberikan idea dan sokongan khususnya dalam melengkapkan prasarana ICT dan menggalakan penggunaan ICT dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid di SMKJM ini. Diharapkan modul ini akan membantu mengangkat kecemerlangan akademik pelajar selaras dengan moto pusat sumber sekolah “ Pusat Sumber Pemangkin Kecemerlangan Akademik”


Sekian, terima kasih.


Ismail bin Yon
Guru Cemerlang
Perpustakaan dan Media
SMKJM 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


TERAS 2: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Matlamat
Memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.


TERAS 4: MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

Matlamat
Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

TERAS 5: MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Dasar
Memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.

Matlamat
Menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.